panduan blog tukar guru

blog ini tak ada kena mengena dengan sesiapa. ini adalah blog peribadi.

kepada guru-guru yang berminat untuk turut sama 'promosikan diri' sila emailkan maklumat anda ke naktukar@yahoo.com.

contoh
nama : umie alisya
opsyen : fizik
gred : DG41
tempat bertugas : smk putrajaya
tempat nak tukar : kuantan, pahang
sebab : umie perlu bertukar kerana suami umie bertugas di kuantan. rumah pun dah beli di sana. jadi umie nak sangat tinggal dengan suami.nom. telefon : 012-9876543 (waktu petang sahaja)

umie akan cuba paparkan maklumat anda. umie tidak menjanjikan 'cubaan' pertukaran anda akan berjaya. segala urusan tukar suka sama suka adakah tanggungjawab anda sendiri.

harap maklum.

Wednesday, August 18, 2010

pertukaran keningau ke putrajaya

nama : edilia azyati muhammad
opsyen : pendidikan islam
gred : dg41
tempat bertugas : smk sook, keningau, sabah
tempat nak tukar : putrajaya/sekitar selangor
sebab : saya perlu bertukar kerana kesihatan suami kurang mengizinkan dan anak-anak perlu perhatian dan penjagaan sepenuhnya. di usia 31 tahun ini, saya perlu memastikan keluarga saya mendapat perhatian sepenuhnya dari saya. prestasi kerja saya semakin merudum, teringatkan keadaan keluarga yang jauh di semenanjung. saya baru mengalami kemalangan beberapa bulan lepas, kerana saya tersangat risaukan kesihatan suami dan keadaan keluarga di semenanjung. sekarang saya sedang mengandung, dan emosi saya seringkali terganggu. kekuatan saya pada suami dan anak-anak. diharap ada pihak yang sudi membantu. terima kasih (013-6356257)

1 comment:

  1. Akum..
    Apa khabar Puan Edilia sekarang?
    Puan kat mana skrg, dah dapat ke pertukaran sekolah spt yg Puan inginkan tu?
    Kalu belum......, Hub/email kat sya..
    InsyaAllah sya ble bantu...
    TQ...

    ReplyDelete