panduan blog tukar guru

blog ini tak ada kena mengena dengan sesiapa. ini adalah blog peribadi.

kepada guru-guru yang berminat untuk turut sama 'promosikan diri' sila emailkan maklumat anda ke naktukar@yahoo.com.

contoh
nama : umie alisya
opsyen : fizik
gred : DG41
tempat bertugas : smk putrajaya
tempat nak tukar : kuantan, pahang
sebab : umie perlu bertukar kerana suami umie bertugas di kuantan. rumah pun dah beli di sana. jadi umie nak sangat tinggal dengan suami.nom. telefon : 012-9876543 (waktu petang sahaja)

umie akan cuba paparkan maklumat anda. umie tidak menjanjikan 'cubaan' pertukaran anda akan berjaya. segala urusan tukar suka sama suka adakah tanggungjawab anda sendiri.

harap maklum.

Wednesday, February 24, 2010

tukar slim river ke kuala terengganu

salam...

nama : siti saidatul akmal
opsyen : matematik
gred : dg41
sekolah bertugas : smv slim river, perak
tempat nak tukar : sm biasa di kuala terengganu
sebab : mengikut suami disamping ingin menetap di rumah sendiri yang telah siap dibina. harap ada yang sudi bertukar dengan saya.
email : akusiti81@gmail.com

tolong ye ummi...sebarkan. semoga saya cepat dapat pindah dan menetap bersama suami. terima kasih.

umie doakan usaha ini berjaya... insyaallah

Monday, February 22, 2010

cemuhan!? biasa laa..

ada yang mencemuh umie.. ada yang memerli umie.. konon-konon usaha umie ini sia-sia.

biasa la.. cemuhan, cacian dan sebagainya tu memang dah adat orang kita. umie pun hairan.. mengapa ada orang yang mencemuh umie. umie bukan buat benda yang salah. umie bukan ganggu orang lain. umie cuma sediakan satu "tapak" untuk cikgu-cikgu yang mahu berusaha untuk tukar.

umie buat ni bukannya untuk umie. umie dah memang akan terus menetap di sini bersama keluarga umie. umie mahu lihat cikgu-cikgu lain pun dapat rasakan 'kasih sayang' hidup berkeluarga macam umie. itu jer..

tak per lah... umie tak kisah.. umie buka blog ni untuk sesiapa saja yang mahu berusaha. berdoa tanpa usaha tak kan ke mana-mana. semoga usaha umie dan kita semua berhasil. amin.