panduan blog tukar guru

blog ini tak ada kena mengena dengan sesiapa. ini adalah blog peribadi.

kepada guru-guru yang berminat untuk turut sama 'promosikan diri' sila emailkan maklumat anda ke naktukar@yahoo.com.

contoh
nama : umie alisya
opsyen : fizik
gred : DG41
tempat bertugas : smk putrajaya
tempat nak tukar : kuantan, pahang
sebab : umie perlu bertukar kerana suami umie bertugas di kuantan. rumah pun dah beli di sana. jadi umie nak sangat tinggal dengan suami.nom. telefon : 012-9876543 (waktu petang sahaja)

umie akan cuba paparkan maklumat anda. umie tidak menjanjikan 'cubaan' pertukaran anda akan berjaya. segala urusan tukar suka sama suka adakah tanggungjawab anda sendiri.

harap maklum.

Saturday, December 12, 2009

tukar batu pahat ke melaka

salam umie. saya guru KPLI prasekolah lantikan januari 2009. nak cuba nasib jugak lah.

nama : pn nurul ain
opsyen : praskolah
gred : DC 41
sekolah bertugas : sk seri jasa sepakat, batu pahat johor
tempat nak tukar : melaka tengah
sebab : saya berulang-alik setiap hari dari melaka ke batu pahat sejauh lebih kurang 200 km perjalanan. suami bertugas di melaka, anak sulong berusia 9 bulan dan menyusu badan, sekarang sedang mengandung 3 bulan. kami telah beli rumah di melaka dan telah menetap di sini.
email: cadburylovers_ni@yahoo.com

hope to hear good news... tq

umie : umie turut simpati. semoga usaha ini menemui kejayaan. amin

Friday, November 13, 2009

rayuan putrajaya

kawan umie nak tukar ke kelantan. isteri nurse dah tukar ke jeli bulan 6 dulu. haru-haru..

semalam dia jumpa umie. katanya baru balik dari putrajaya. pergi merayu. sampai sana, punyalah ramai cikgu nak rayu pertukaran masing-masing. umie tahu, cikgu yang ke putrajaya memang betul-betul nak tukar. kalau tak, takkan cikgu kita sanggup datang dari johor, perak, terengganu, pahang dan negeri lain.

di sana, pegawai-pegawai KPM dah tak larat nak layan dah. mereka dah tak jemput cikgu-cikgu masuk bilik secara individu. terlalu ramai nak layan.

satu cara yang dibuat untuk atasi masalah ni adalah dengan kumpulkan cikgu-cikgu yang datang mengikut sesi. sesi pukul 10, pukul 11 dan macam tu lah seterusnya.

dalam taklimat yang disampaikan secara berkelompok, pegawai berkenaan menerangkan prosedur pertukaran dan perkara-perkara berkaitan. kemudian, semua cikgu akan diberi peluang untuk bercakap. apa lagi... ada yang marah-marah, ada yang nangis-nangis. macam-macam lagilah..

sekeping borang rayuan A4 diberikan untuk cikgu tulis rayuan. eeemmm... simple sangat borang tu, tandatangan pun tak perlu. kumpul dan masukkan dalam kotak.

hehehe... agak-agak ke mana agaknya kotak tu lepas ni?!

umie tanya kawan umie. ada harapan ker? dia tunduk geleng kepala.

Thursday, November 12, 2009

salam daripada umie..

salam semua cikgu.

umie tahu ramai cikgu yang kecewa bila permohonan pertukaran cikgu tak diluluskan oleh kementerian. ada cikgu yang 'panjat' KPM di putrajaya. ada yang nangis-nangis kat sana. ada yang marah-marah dan hentam-hentam meja. sabar cikgu ! mungkin bukan rezeki kita kali ni.

umie pun terfikir juga. kenapa la susah sangat nak tukar. tak kan tak de tempat langsung untuk kita kat tempat baru. kalau sekali tak dapat ok la. tapi kalau dah masuk dekat 10 kali tak dapat juga ni.. pelik juga.

umie ambil inisiatif tersendiri. mana lah tahu rezeki kita di sini. umie buat blog ni untuk tolong dan beri peluang kepada semua guru untuk "promosi" diri khas untuk pertukaran. mana lah tahu ada cikgu lain yang berminat untuk pertukaran suka-sama suka.

cikgu-cikgu yang nak umie 'promosi' diri untuk pertukaran silalah emailkan kepada umie. berilah keterangan yang lengkap. nak hantar gambar pun ok jugak.

contoh
nama : umie alisya
opsyen : fizik
gred : DG41
tempat bertugas : smk putrajaya
tempat nak tukar : kuantan, pahang
sebab : umie perlu bertukar kerana suami umie bertugas di kuantan. rumah pun dah beli di sana. jadi umie nak sangat tinggal dengan suami.
nom. telefon : 012-9876543 (waktu petang sahaja)

harap blog yang umie buat ni dapat memudahkan cikgu-cikgu cari maklumat untuk "tukar suka sama suka".

insyaallah. amin.