panduan blog tukar guru

blog ini tak ada kena mengena dengan sesiapa. ini adalah blog peribadi.

kepada guru-guru yang berminat untuk turut sama 'promosikan diri' sila emailkan maklumat anda ke naktukar@yahoo.com.

contoh
nama : umie alisya
opsyen : fizik
gred : DG41
tempat bertugas : smk putrajaya
tempat nak tukar : kuantan, pahang
sebab : umie perlu bertukar kerana suami umie bertugas di kuantan. rumah pun dah beli di sana. jadi umie nak sangat tinggal dengan suami.nom. telefon : 012-9876543 (waktu petang sahaja)

umie akan cuba paparkan maklumat anda. umie tidak menjanjikan 'cubaan' pertukaran anda akan berjaya. segala urusan tukar suka sama suka adakah tanggungjawab anda sendiri.

harap maklum.

Thursday, November 12, 2009

salam daripada umie..

salam semua cikgu.

umie tahu ramai cikgu yang kecewa bila permohonan pertukaran cikgu tak diluluskan oleh kementerian. ada cikgu yang 'panjat' KPM di putrajaya. ada yang nangis-nangis kat sana. ada yang marah-marah dan hentam-hentam meja. sabar cikgu ! mungkin bukan rezeki kita kali ni.

umie pun terfikir juga. kenapa la susah sangat nak tukar. tak kan tak de tempat langsung untuk kita kat tempat baru. kalau sekali tak dapat ok la. tapi kalau dah masuk dekat 10 kali tak dapat juga ni.. pelik juga.

umie ambil inisiatif tersendiri. mana lah tahu rezeki kita di sini. umie buat blog ni untuk tolong dan beri peluang kepada semua guru untuk "promosi" diri khas untuk pertukaran. mana lah tahu ada cikgu lain yang berminat untuk pertukaran suka-sama suka.

cikgu-cikgu yang nak umie 'promosi' diri untuk pertukaran silalah emailkan kepada umie. berilah keterangan yang lengkap. nak hantar gambar pun ok jugak.

contoh
nama : umie alisya
opsyen : fizik
gred : DG41
tempat bertugas : smk putrajaya
tempat nak tukar : kuantan, pahang
sebab : umie perlu bertukar kerana suami umie bertugas di kuantan. rumah pun dah beli di sana. jadi umie nak sangat tinggal dengan suami.
nom. telefon : 012-9876543 (waktu petang sahaja)

harap blog yang umie buat ni dapat memudahkan cikgu-cikgu cari maklumat untuk "tukar suka sama suka".

insyaallah. amin.

4 comments:

  1. Umi, cemana nak buat permohonan suka sama suka, katakan umi dari putrajaya nak gi kuantan, saya pulak dari kuantan nak gi putrajaya, cemana kita nak buat, pegi kpm sama2 ker? tolong ajar, tq

    ReplyDelete
  2. Assalam umi....mengikut pnglaman saya...mohon tukar dua tiga kali tak dilayan...tapi klau ada org dlm...sat je boleh tukar.

    ReplyDelete
  3. nak tukat juga dr dengkil selangor ke bukit goh kuantan

    ReplyDelete
  4. Umi saya nk tukar dr sk dengkil sepang selangor ke sk bukit goh kuantan. segera 2015. klu ada yg berminat boleh sms shj ke 011-23448343

    ReplyDelete