panduan blog tukar guru

blog ini tak ada kena mengena dengan sesiapa. ini adalah blog peribadi.

kepada guru-guru yang berminat untuk turut sama 'promosikan diri' sila emailkan maklumat anda ke naktukar@yahoo.com.

contoh
nama : umie alisya
opsyen : fizik
gred : DG41
tempat bertugas : smk putrajaya
tempat nak tukar : kuantan, pahang
sebab : umie perlu bertukar kerana suami umie bertugas di kuantan. rumah pun dah beli di sana. jadi umie nak sangat tinggal dengan suami.nom. telefon : 012-9876543 (waktu petang sahaja)

umie akan cuba paparkan maklumat anda. umie tidak menjanjikan 'cubaan' pertukaran anda akan berjaya. segala urusan tukar suka sama suka adakah tanggungjawab anda sendiri.

harap maklum.

Friday, November 13, 2009

rayuan putrajaya

kawan umie nak tukar ke kelantan. isteri nurse dah tukar ke jeli bulan 6 dulu. haru-haru..

semalam dia jumpa umie. katanya baru balik dari putrajaya. pergi merayu. sampai sana, punyalah ramai cikgu nak rayu pertukaran masing-masing. umie tahu, cikgu yang ke putrajaya memang betul-betul nak tukar. kalau tak, takkan cikgu kita sanggup datang dari johor, perak, terengganu, pahang dan negeri lain.

di sana, pegawai-pegawai KPM dah tak larat nak layan dah. mereka dah tak jemput cikgu-cikgu masuk bilik secara individu. terlalu ramai nak layan.

satu cara yang dibuat untuk atasi masalah ni adalah dengan kumpulkan cikgu-cikgu yang datang mengikut sesi. sesi pukul 10, pukul 11 dan macam tu lah seterusnya.

dalam taklimat yang disampaikan secara berkelompok, pegawai berkenaan menerangkan prosedur pertukaran dan perkara-perkara berkaitan. kemudian, semua cikgu akan diberi peluang untuk bercakap. apa lagi... ada yang marah-marah, ada yang nangis-nangis. macam-macam lagilah..

sekeping borang rayuan A4 diberikan untuk cikgu tulis rayuan. eeemmm... simple sangat borang tu, tandatangan pun tak perlu. kumpul dan masukkan dalam kotak.

hehehe... agak-agak ke mana agaknya kotak tu lepas ni?!

umie tanya kawan umie. ada harapan ker? dia tunduk geleng kepala.

No comments:

Post a Comment