panduan blog tukar guru

blog ini tak ada kena mengena dengan sesiapa. ini adalah blog peribadi.

kepada guru-guru yang berminat untuk turut sama 'promosikan diri' sila emailkan maklumat anda ke naktukar@yahoo.com.

contoh
nama : umie alisya
opsyen : fizik
gred : DG41
tempat bertugas : smk putrajaya
tempat nak tukar : kuantan, pahang
sebab : umie perlu bertukar kerana suami umie bertugas di kuantan. rumah pun dah beli di sana. jadi umie nak sangat tinggal dengan suami.nom. telefon : 012-9876543 (waktu petang sahaja)

umie akan cuba paparkan maklumat anda. umie tidak menjanjikan 'cubaan' pertukaran anda akan berjaya. segala urusan tukar suka sama suka adakah tanggungjawab anda sendiri.

harap maklum.

Wednesday, March 10, 2010

pertukaran pertengahan tahun 2010 online jer..

umie dapat tahu dari guru data sekolah umie... permohonan pertukaran pertengahan tahun 2010 akan dibuka pada 1 april 2010 ni. jadi kepada sesiapa yang nak tukar bolehlah bersedia sekarang. bila buka jer nanti bolehlah mohon.

kata guru data sekolah umie lagi. kali ni lain sikit. permohonan hanya atas talian sahaja. untuk semua pertukaran pulak tu. kalau dulu.. hanya pertukaran antara negeri saja guna atas talian.

satu lagi.. kita hanya boleh mohon satu pertukaran saja. maknanya... kalau mohon untuk pertukaran antara negeri.. tak bolehlah lagi turut mohon pertukaran antara daerah. umie tak pasti lah.. tapi inilah yang guru data tu cakap. mungkin betul 100%.

apa pun.. mungkin nanti ada yang gembira dan ada juga yang kecewa. nanti umie cuba linkkan laman web tu..

wassalam dari umie..

No comments:

Post a Comment